Semenjak kau pergi alam kurasa kelam
Semuanya gelita tiada kesiangan bagai dulu
Tak berdaya aku melupakanmu
Tak kusangka kita terpaksa dipisahkan
Hanya kerana dia tak merestui kita padu cinta
Berkecai impian menjadi debu akhirnya
Dulu akulah kekasih hati
Kau rela berkongsi kasih
Walaupun dihempas derita
Kau sanggup kerna ku
Itu janji dulu tak terkota lagi
Tidak aku menyesali
Andai itu yang kau pinta
Walau hakikat ku yang terluka
Namun ku mengerti
Kau pun jua sepertiku ini
Sengsara kerna terlarang
Dulu akulah kekasih hati
Kau rela berkongsi kasih
Walaupun dihempas derita
Kau sanggup kerna ku
Itu janji dulu tak terkota lagi
Tidak aku menyesali
Andai itu yang kau pinta
Walau hakikat ku yang terluka
Namun ku mengerti
Kau pun jua sepertiku ini ho
Sengsara kerna terlarang
Kini baru kutahu
Keindahan dulu bukanlah milikku
Kini baru kutahu
Keindahan dulu bukanlah milikku