Aku tak suka simpan kenangan
Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan
Kisah-kisah kita
Ceritera cinta kita
Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa
Dari alam remaja sampai ke dewasa
Dari zaman persekolahan dan bekerjaya
Aku masih ingat semua
Kita berjaya ubah benci menjadi suka
Kita dan dunia kita
Tak pernah aku berikan seluruh hati
Tak pernah aku berkorban dengan sepenuh jiwa
Aku ikut kata hati
Kalau kita dah suka bunga
Jangan takut dengan duri
Kerna akan sentiasa ada lebah yang datang untuk mencabar
Terbang berlegar-legar
Cuba hidu harum
Cuba curi kuntum
Cuba untuk cuba
Aku hanya senyum
Aku tak suka simpan kenangan
Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan
Kisah-kisah kita
Ceritera cinta kita
Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa
Bagaimana aku boleh lupa
Kau yang temukan aku dengan luka
Kau perkenalkan aku dengan duka
Kau ingin aku menjadi sahabat karib dengan hiba
Kau mahu aku berjabat tangan
Dengan derita dengan sengsara
Dengn merana dengan kecewa
Kau ingin aku bermusuhan dengan bahgia
Kau berjaya ubah suka menjadi lara
Syabas
Begitu hebat lakonan mu seperti didalam sandirwara
Engkaulah pelakon
Engkaulah sutradara
Kau buat aku seperti pelakon yang utama
Rupa-rupanya hanya tambahan semata-mata
Licik seperti rubah kau ubah
Hingga kau tak perasan kau berubah
Sungguh luar biasa
Dalam ku sudah terbinasa
Ala bisa tegal biasa
Aku tak suka simpan kenangan
Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan
Kisah-kisah kita
Ceritera cinta kita
Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa
Sabarlah hati
Kau tak bersalah
Mungkin aku cuba lagi
Mungkin aku mengalah
Mungkin kan datang hari
Tunggu angin tukar arah
Manalah tahu cuaca akan cerah
Takkanlah nak mendung berhari-hari
Takkanlah nak ribut berkali-kali
Kita harus yakin hai wahai hati
Selepas hujan berhenti pasti ada pelangi